Lembaran Kerja

Kata Hubung

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Cubalah bersungguh-sungguh ( ketika, setelah, sehingga ) berjaya.
2. Mereka sedang berbual-bual ( tentang, kecuali, serta ) kemalangan jalan raya yang berlaku pagi tadi.
3. Dia memulas kain itu ( kerana, sementara, hingga ) kering.
4. Semua penduduk kampong sibuk bekerja ( sementara, manakala, meskipun ) dia berpeluk tubuh sahaja.
5. (Selepas, Semenjak, Manakala) Menteri Pendidikan selesai berucap, beliau akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
6. Amran mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan ( kerana, ketika, tetapi) dia belum berpuas hati.
7. Semua murid menumpukan perhatian ( sebelum, sewaktu, selepas) cikgu mengajar.
8. Cikgu Kalsom menasihati Rajeswari ( melainkan, sehingga, supaya) sentiasa rajin belajar.
9. ( Walaupun, Sementara, Setelah) menunggu padi masak, petani itu menanam sayur-sayuran.
10. Bayi itu menangis ( apabila, agar, serta) berasa lapar.
Latihan Simpulan Bahasa
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan,                  lidah biawak,                   makan angin,
makan hati,                   keras hati,                       otak cair,
panjang tangan,             pencuci mulut,                 putih tulang,
putih mata,                    mulut tempayan               meninggal dunia 
1. Budak itu .......................... dia belajar hingga berjaya.
2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .
3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.
4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .
5. Seorang kawan saya itu .......................... .
6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .
7. Syahira .....................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.
8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.
9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ........................ .
10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ........................... .




Latihan Kata Hubung
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.



kerana             sementara       sambil              tetapi               lalu                 agar                sejak


 





1  .      Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh 
          Cikgu    Wong.
2.      Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3.      William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4.      Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5.      Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6.      Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7.      Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.

Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 7. sejak





Latihan Kata Seru
Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul.



Aduh               Cis                   Nah                 Oh       Syabas             Hai                Wah
 






1.      _______________, rupa-rupanya begini cara kamu menggunakan kamera digital !
2.      _______________, berani kamu merosakkan telefon bimbit saya !
3.      _______________, kawan-kawan ! Lihatlah computer baru saya.
4.      _______________, sakitnya tangan saya kerana terkena sterika yang panas itu !
5.      _______________, ambil alat kawalan jauh kamu ini semula !
6.      _______________, kejayaan ini adalah kebanggaan untuk kita semua!
7.      _______________, berkereta besar engkau sekarang !

Jawapan :  1. Oh, 2. Cis, 3. Hai, 4. Aduh, 5. Nah, 6. Syabas, 7. Wah


Kata Penguat 

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh:
KATA PENGUAT CONTOH
a. penguat hadapan terlalu, paling, agak
b. penguat belakang sekali, benar, nian
c. penguat bebas amat, sangat, sungguh
3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
Contoh:
KATA PENGUAT HADAPAN CONTOH
terlalu Baju di pasar raya itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap.
agak Jalan di kawasan itu agak bahaya.
4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
Contoh:
KATA PENGUAT BELAKANG CONTOH
sekali Pendapat murid itu baik sekali.
nian Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.
benar Cantik benar rantai mutiara ini.
5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh:
KATA PENGUAT BEBAS CONTOH
amat 1. Kraf tangan itu amat cantik.
2. Kraf tangan itu cantik amat.
sangat 1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria berat sangat.
sungguh 1. Kereta yang dipandu oleh Jazeman sungguh laju.
2. Kereta yang dipandu oleh Jazeman laju sungguh.
LATIHAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

sangat / paling / sungguh / sangat / benar

1. Pokok kelapa itu tinggi.
2. Razak gemuk dalam kelas itu.
3. Kuih yang digoreng oleh kakak garing.
4. Baju yang dipakai oleh Firdaus besar.
5. Buku-buku di situ tebal .











沒有留言:

張貼留言