2012年10月31日 星期三

Kata Arah

Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contoh :

Atas


Dalam


Bawah


Tepi / Sisi


Hadapan


Antara
Contoh:
 Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
 Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
 Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

Sejarah Bahasa Melayu

Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia yang mengikuti piawaian ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Malaysia lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan asli oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Malaysia dituturkan sebagai bahasa kedua oleh 18 juta orang, sebahagian besar daripada etnik minoriti negara Malaysia. Namun begitu, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu"
Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia". Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan untuk bahasa kebangsaan negara itu secara tepat dan muktamad.
Ada pihak yang memikirkan "Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas." Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".
Namun begitu, Pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia". Kabinet mengarahkan supaya semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru "Bahasa Malaysia" adalah muktamad

Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu

Format Bahagian A
1. Dalam bahagian A, calon akan diberikan gambar tunggal atau bersiri yang
menunjukkan peristiwa,situasi,aktiviti,amalan, jadual, peta atau lain-lain yang
besesuaian.
2. Calon diminta membina lima (5) ayat sahaja yang berkaitan dengan gambar.
3. Keseluruhan jawapan memperuntukkan 10 markah
4. Masa yang dicadangkan 15 minit.

Sebelum Menjawab.
1. Fahami arahan soalan, buat ayat berdasarkan arahan soalan sama ada ;
a) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.
b) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam
gambar.
c) Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
d) Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.
2. Bagi arahan soalan yang berkehendakkan aktiviti (1b), ayat hendaklah
disempurnakan dengan aktiviti yakni kata kerja.
3. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan.Catatkan maklumat/kata kunci
yang terdapat dalam gambar.

Semasa Menjawab
1. Pilih maklumat-maklumat yang penting sahaja.
2. Kembangkan maklumat dalam membentuk ayat yang sempurna
menggunakan kata hubung dan penanda wacana..
3. Ayat yang dibina mestilah tentang apa yang terdapat dalam gambar dan
tersurat.
4. Calon dilarang menulis pandangan peribadi tentang gambar.
5. Ayat-ayat untuk gambar bersiri hendaklah mengikut nisbah yang sesuai iaitu
seimbang mengikut nisbah gambar.
6. Ayat perlu dinomborkan : 1 - 5.
7. Boleh diberikan watak pada gambar.
8.Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.

Selepas Menjawab
1. Baiki tulisan yang tidak jelas.
2. Semak Imbuhan/ejaan/tanda baca terutama huruf besar pada permulaan ayat
dan tanda noktah pada akhir ayat.
3. Semak struktur ayat.
4. Pastikan tiada kesilapan pada bahagian ini untuk memperoleh markah penuh
(10 markah).
5. Jika siap awal berpindah ke bahagian lain untuk menjimatkan masa.

2012年10月16日 星期二

TAHUN 4 -- KATA SERU
1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.
2. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
menyatakan perasaan sakit atau hairan
1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, indah sungguh kawasan ini!
cih / cis
menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah
1. Cih, bedebah betul budak ini!
2. Cis, nyah engkau dari sini!
eh
menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, bila kamu sampai!
2. Eh, dulu kawasan ini semak-samun.
hai
untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang
1. Hai, jangan duduk di situ!
2. Hai, lama saya tidak melihat kamu!
nah
untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu
1. Nah, itu orangnya!
2. Nah, terimalah habuanku!
oh
menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya
1. Oh ibu, ampunilah dosaku!
2. Oh, kamu rupanya!
wah
menyatakan perasaan kagum
Wah, bijak sungguh budak itu!
amboi
menyatakan rasa hairan atau kagum
1. Amboi, murah betul barang-barang ini!
2. Amboi, manja budak ini!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tidak akan pergi!
2. Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu!
wahai
untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian
1. Wahai anakku, bertaubatlah!
2. Wahai orang-orang yang beriman, kerjakanlah sembahyang!



Nota didapati dari http://upsrbm.tripod.com/index-ks.htm